Tuesday 9 August 2011

✿ kisah hati ✿


assalamualaikum semua . .
hai hai hai ! akhirnya , terbukak jugak hati & perasaan 
ntok update belog ni .
berhabuk , berdaki semua siap .
siap nk masok washer machine pon ada .
. HAHAHA .

oke oke !
tamau nak story panjang berjela jela macam karangan 3,500 words tu kan . 
niat di hati sbnaqnya nak hbaq  
yang aku skunk nih ngah mood cinta ♥♥♥
so , semua drama drama cinta , semua aku sapu tengok . .
. HAHAHA .


ampa nak nyanyi dak ?

*meh kita testing sora sambil rehat-rehatkan 
telinga ampa tu dulu , sebelum aku memanjangkan 
bebelan aku yang panjang lebar tu tanpa henti*
HAHAHA
(xkejam plak aku kan ?)

oke oke , get ready ! amek feel sesiap . .~ hehe .


*lagu tema 'stanza cinta'*



klu ampa nak tau , hampir setiap ahad malam kui 9 , aku akan terpacak depan tb gara gara nak tengok drama "stanza cinta". sampai kan terpaksa berebut-rebut remote tb ngan adek sebab nak tengok drama cinta ni . . hohoiii , betoi betoi menarik minat aku ntok membeliakkan mata selama sejam depan tb . . HAHA . .


actually, drama nih telah diadaptasikan daripada novel "stanza cinta" . . walaupon , aku tak penah tau pon kehadiran novel ni . sbnaqnya aku nak hbaq yang aku memang xsuka beli novel sebab aku xpandai pilih . . asal aku beli jaa , kompem xbest gila novel tuh . . HAHAHA . . so , bagi mengelakkan pembaziran berlaku , aku akan pinjam novel kengkawan aku yang suka beli novel ni . HAHA . . agak agak bek ati da perangai aku nih . . ? =__='
hohoho , layankan je ! 


sinopsis drama stanza cinta



Amni Sorfina (Nur Fathia) adalah seorang gadis yang tabah , lemah lembut dan penyayang. sebagai seorang guru agama, Amni Sorfina sedaya upaya menjadi insan solehah dan tidak lari dari dugaan hidup dan dilema. watak Irfan (Aaron Aziz) sebagai tunang Amni yang sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas. Irfan pemuda yang baik, kacak dan kaya raya tapi kurang didikan agama, agak manja dan tidak pandai berdikari. manakala watak Taufiq (Fizz Fairuz) pula adalah cinta pertama Amni. Taufiq agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama dan telah berjaya menambat hati Amni. 


sinopsis novel stanza cinta 




Amni Sorfina (ketenangan yang suci) . . seindah namanya seindah itulah peribadinya. dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. namun, jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.


Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki !” – Amni Sorfina

nota jari : xsabaq sabaq nak tunggu ending drama ni . . 
so , lepas ni , xpayah nak berebut rebut nak kalih channel len lagi . . HAHA . . 

☑ hAk miLik kEkaL .aqilahsalim. ☑

0 comments:

ღ fRiEndS ღ






ShoutMix chat widget


♥ sEmakiN haRi sEmakiN sAyanG ♥

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

♪♬ ruAnG mEmekAk ♬♪